Nama pelakon Janna Nick mungkin tidak asing lagi di dalam industri seni lebih-lebih lagi apabila sebelum ini beliau telah diserang oleh peminat K-pop disebabkan isu BLACKPINK yang pada mulanya dianggap gurauan akhirnya menjadi perkara serius.

Disebabkan itu tersebut, Instagram miliknya yang mempunyai sebanyak 6.2 juta pengikut itu telah di deactivate bagi meredakan keadaan yang sedang tegang.
Namun kini, Janna telah bangkit semula dengan lebih berani dan berhati-hati dalam apa yang diperkatakan serta dibuat supaya tidak membuatkan netizen berang terhadapnya.
Seperti selebriti yang lain, Janna turut mempunyai akaun TikTok dan beliau juga ada memuat naik video di sana tetapi video terbaharunya ini telah mengundang rasa tidak senang antara sesetengah netizen.
@jannanickofficialAssalamualaikum ❤️ ##fyp ##foryoupage
Video lip sync tersebut mengisahkan tentang kemarahan seseorang terhadap individu lain yang berkata-kata tentang dirinya.

Komen yang ditinggalkan pada video itu turut berbunyi nasihat agar Janna tidak memuat naik video yang boleh membuatkan orang lain berasa triggered terhadap dirinya lebih-lebih lagi selepas apa yang telah terjadi.
Kesian Janna, semua perkara yang dilakukan olehnya menjadi perhatian netizen.
Harap Janna sentiasa tabah ya!
Baca juga artikel sebelum ini:
Sumber video dan foto: Instagram dan TikTok Janna Nick