Memiliki anak kembar merupakan rezeki paling besar buat pasangan suami isteri, tapi mesti si kembar ini mempunyai banyak akal mereka!
Pengacara Farahanim Razak turut memiliki anak kembar iaitu Amina Raissa dan Amira Raissa yang kini sudah berusia 3 tahun.

Siapa sangka dengan kehadiran Amina dan Amira telah melengkapkan keluarga kecil Farahanim bersama suami iaitu Dr. Arif Aizudin.
Seperti kanak-kanak yang lain, Amina dan Amira turut mempunyai ragam yang tersendiri dan kali ini dua beradik ini telah didenda akibat bermain dengan bedak sehingga membuatkan rumah mereka seperti telah dituruni ‘salji’.
“Dah kena denda pun main main lagi budak dua orang ni! Habis satu rumah dia pergi kerjakan bedak buat party bedak, ingat salji ke dalam rumah ni wahai anak.”
Turut kelihatan Amira serta Amira berdiri dan meletakkan tangan di belakang sambil memandang ke luar sebagai tanda didenda.
Namun ramai pula dilihat terhibur dengan aksi mereka berdua serta ada juga yang memuji sikap menghormati dalam diri Amina dan Amira.
“Tapi pandai dia bila nk say sorry tu dia turn back. Which is dia respect parents dia. So cute !”
Kata orang melentur buluh biar lah dari rebungnya, maka dengan itu betul lah cara didikan yang diberikan oleh Farahanim dan suami.
Bila anak buat salah kena lah denda supaya mereka tahu kesalahan tersebut, nanti dah besar mesti akan jadi anak yang soleh dan solehah.
Sumber foto dan video: Instagram Farahanim Razak