Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Pandai Menjiwai Karakter, Nabila Huda Dipuji Muka Macho Persis Penyanyi Antarabangsa Bruno Mars

today2 June 2021

Background

“Hmm ?..mcm familiar tgk gaya org ni..btw got the style there! ??❤️ Ada gaya jugak tu abg pewitttt kita ni! Thought it was like Brad Pitt..or the second Bruno Mars, when I see one! ?????”

Terkejut dengan perubahan ‘menjadi’ lelaki, wajah pelakon hebat ini disamakan dengan penyanyi antarabangsa!

Memiliki tona kulit ala-ala hitam manis, wajah pelakon Nabila Huda saling tak tumpah seperti penyanyi terkenal, Bruno Mars jika disolek menjadi karakter seorang lelaki.

Siapa sangka anak perempuan Amy Search ini mampu tampil dengan imej dan gaya seorang lelaki yang sangat macho?

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Nabila Huda berkongsi gambar macho beliau berserta caption nakal seolah-olah benar-benar menjiwai watak sebagai seorang suami.

caption:

“Abang tengah fikir nak masak apa ni lunch…”

Hantaran yang dimuat naik itu mencuri perhatian umum apabila wajah yang ditampilkan itu dikatakan terlalu menyerupai dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu When I Was Your Man yang menjadi kegilaan ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sama mengakui bahawa wajah Nabila Huda ini memiliki sisi unik meskipun mempunyai warna kulit yang gelap namun tetap manis dipandang.

Memang betul lah kata orang dulu-dulu, manusia ini mempunyai 7 kembar di dunia!

Cuma kadang-kadang itu sukar untuk kita ketahui, apa yang lagi menarik adalah jika wajah yang dimiliki dikatakan seiras dengan selebriti-selebriti terkenal antarabangsa.

Pasti ianya menjadi sesuatu kebanggaan ramai kerana memiliki sisi yang unik dan terkenal.

Walau bagaimanapun, perubahan ‘jantina’ yang dipamerkan ini bukanlah sesuatu yang dipandang serius namun ia hanyalah sekadar mengimbau kembali gambar lama sewaktu menjadi hos bagi sebuah program komedi.

Terdapat pelbagai kelainan dan gaya yang dapat diperlihatkan setiap minggu selain membawa watak-watak menarik selebriti-selebriti terkenal di Malaysia.

Wah! betul-betul menjadi ya gaya Nabila Huda meniru wajah selebriti-selebriti terkenal.

Bukan sahaja pandai menjiwai ekspresi wajah dalam lakonan, rupanya dalam bidang peragaan fesyen juga mantap ya!

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Nabila Huda

Written by: Azra Azuar


Previous post