Masih lagi dalam ‘rancangan’ yang sama iaitu penyanyi MK K-Clique sekali lagi telah membuatkan ramai gadis berasa tidak senang duduk dengan fotonya yang tidak berbaju!
Penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu telah memuat naik beberapa keping foto dirinya memakai suit, tetapi pada akhir posting tersebut ada satu foto lain yang terselit.

MK telah menyelitkan sekeping foto dirinya tidak berbaju ketika sedang mandi di bawah shower ya!
Posting tersebut telah menerima banyak komen daripada peminat setianya yang sentiasa menanti foto baharunya.
Lebih melucukan ada juga yang meninggalkan komen memberitahu halkum yang dimiliki oleh MK itu kelihatan mahal.
Alamak, ini lain daripada yang lain siap tengok halkum lagi tu!
Dalam masa yang sama, MK dikatakan sudah tidak lagi memakai gelang dan rantai emas yang mana sebelum ini menjadi perhiasan ‘wajib’ baginya selepas mengikuti kelas agama bersama kumpulan tabligh baru-baru ini.
Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk MK okay!
Baca juga artikel sebelum ini:
Sertai Kelas Agama, Peminat Doakan MK K-Clique Terus Istiqomah
Sumber foto: Instagram MK K-Clique