Tidak dinafikan, menjadi seorang selebriti mempunyai banyak cabaran yang mana bukan sahaja perlu berhadapan dengan jadual penggambaran yang padat tetapi turut perlu menghadap dengan komen-komen toksik daripada haters.
Sudah semestinya mereka tidak mampu untuk menghalang orang untuk membenci tetapi boleh melakukan sesuatu untuk membuatkan mulut-mulut itu diam untuk seketika.
Begitu juga apa yang dihadapi oleh selebriti Nabila Huda atau lebih mesra disapa dengan panggilan Abil itu, apabila beliau menerima banyak komen negatif antaranya menegur tentang bentuk badannya serta mempersoalkan banyak perkara dalam hidupnya.
View this post on Instagram
“You Better Stop kalau taknak saya keluarkan kata-kata kesat yang boleh menyakiti hati anda dan keluarga anda.”
Disebabkan terlampau banyak komen yang menyakitkan hati, Abil terpaksa tampil dengan posting berkenaan.

Maklum lah, kesabaran setiap manusia ini ada hadnya dan bila dah sampai ke tahap yang maksimum pasti banyak yang akan diluahkan olehnya.
Abil turut meluahkan perasaan di Instagram story miliknya yang mana seseorang itu tidak perlu mempersoalkan size badan orang lain kerana body shaming bukan lah satu perkara yang dianggap sebagai perkara mudah.

Disebabkan posting tersebut, ramai memberi kata-kata sokongan kepada Abil supaya beliau kuat berhadapan dengan para haters.
Namun dalam masa yang sama, mereka juga terhibur dengan statement mengatakan bahawa beliau merupakan anak kepada penyanyi Amy SEARCH.

Itu lah flex paling terbesar yang mana menunjukkan beliau gembira dengan kehidupannya yang sekarang.
Jaga-jaga, nak bercakap tu jangan sampai menyakitkan hati orang lain ya guys!
Sumber foto: Instagram Nabila Huda