Semakin mendapat tempat di hati peminat, selebriti serba boleh iaitu Alvin Chong yang juga rakan baik kepada pelakon Emma Maembong kini dilihat semakin aktif di dalam dunia industri hiburan.
Bagi yang mengikuti Alvin pasti tahu selain berlakon, dan mengacara beliau juga pandai menyanyi!
Terbaharu, Alvin memuat naik sebuah cover lagu Pulang dari kumpulan K-Clique versi akustik yang dinyanyikan oleh beliau ;
View this post on Instagram
Menulis di ruangan kapsyen ;
“Pulang – K-Clique
Did a short cover of Pulang with my brothers @alandurairaj @mingaling26 . What song should we cover next? ?: @chrischew”
Penyanyi yang berasal dari Gua Musang, Kelantan ini juga turut menerima banyak tanda suka di laman Instagram beliau!

Wah hebat lah Alvin ni, selain pandai berlakon, menyanyi pun berbakat.
Sebelum ini, nama Alvin hangat diperkatakan dek kerana watak sebagai seorang peguam iaitu Ean di dalam Drama Takdir Yang Tertulis berjaya membuktikan dirinya sebagai seorang pelakon yang versatil dan trending sehingga 9 juta penonton. Wow!
Sumber : Instagram Alvin Chong
Baca artikel berkaitan : “Satu Malaysia Kena Tipu,” Penonton Mahu Takdir Yang Tertulis 2