Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Penampilan Dan Pakaian Dipertikaikan Waktu Berjihad, Caprice Tampil Mohon Maaf

today27 June 2021

Background

Umum kini semestinya sudah mengetahui bahawa selebriti Caprice sudah menjejakkan kaki ke bumi Gaza bagi menjalankan misi kemanusiaan di sana.

Baca juga artikel berkaitan:

Mendapat Doa Daripada Orang Ramai, ‘YB Caprice’ Bakal Jejak Kaki Ke Al-Aqsa

Namun, apa yang menyedihkan ialah ada sesetengah orang mempertikaikan pemakaian serta penampilan penyanyi berusia 33 tahun itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Lebih mengejutkan, menurutnya ada yang bercakap tentang style rambutnya itu tidak sesuai untuk seseorang yang sedang berjihad untuk Islam.

Persoalannya, kenapa harus dilihat pada penampilan dan bukannya tujuan utama beliau ke sana?

Niat baik Caprice bersama kumpulannya yang lain ke Gaza ialah bagi membantu umat Islam yang kesusahan, sama seperti pendakwah Ustaz Ebit Lew yang sudah sampai ke sana terlebih awal.

Posting yang dimuat naik oleh Caprice turut mendapat perhatian ramai pengikutnya di laman Instagram.

Mereka turut menitipkan kata-kata semangat kepada Caprice dan berharap beliau dapat mengabaikan kata-kata negatif tersebut.

Sudah tiba masanya kita berfikiran lebih terbuka dalam hal seperti ini, siapa lah kita untuk mempertikaikan penampilan atau sikap seseorang itu.

Sama-sama kita doakan agar misi Caprice bersama Ustaz Ebit dipermudahkan di sana.

Sumber foto dan video: Instagram Caprice

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post