Menjadi seorang pengacara bukan lah satu kerja yang mudah kerana mereka bukan hanya perlu berhadapan dengan lensa kamera, tetapi turut terpaksa melayan kerenah tetamu yang mengambil kesempatan.
Mana tidaknya, menurut pengacara program Wanita Hari Ini iaitu Fiza Sabjahan, beliau mengakui bahawa sering menerima kiriman mesej daripada tetamu jemputannya.

Menurutnya, selain menjadi seorang pengacara, beliau turut berkerja di belakang tabir yang mana memerlukan beliau menghubungi client yang tertentu.
Namun nampaknya melalui twit yang dikongsikan olehnya, jelas menunjukkan bahawa beliau pernah diganggu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Maklum sajalah, ada sesetengah orang tidak memahami konsep bekerja secara profesional yang mana ia merupakan urusan kerja sahaja dan tidak melibatkan urusan peribadi.
Malangnya ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengganggu pengacara berusia 39 tahun ini.
Twit luahan perasaannya itu turut mendapat perhatian pengikutnya yang memberi kata-kata semangat kepadanya agar terus bersabar melayan kerenah manusia.


Tapi risau juga ya, takut pula kalau ada yang sampai ganggu macam tu sekali, tu dah kira langgar privasi lah kan?
Sumber foto: Twitter Fiza Sabjahan