Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Pergi Terengganu Lepas Nikah, Netizen Pertikai Pengasuh Siti Aafiyah Rentas Negeri

today3 June 2021

Background

Tahniah diucapkan kepada pengasuh anak kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Hidayah Zubit yang telah selesai dinikahkan bersama dengan pasangannya iaitu Mohammad Ridzuan Razali yang merupakan pemain bola sepak Terengganu FC II pada 31 Mei lalu.

Majlis pernikahan itu telah diadakan secara sederhana di kampung halaman Hidayah iaitu di Pulau Pinang.

Namun, apa yang menjadi persoalan pada sesetengah netizen ialah tentang kehadiran Hidayah ke negeri Terengganu yang merupakan kampung halaman Ridzuan.

Seperti yang tahu, seluruh negara kini sedang berada di bawah perintah total lockdown yang mana banyak aktiviti terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Disebabkan itu, ramai yang tertanya-tanya tentang sebab utama mengapa pasangan pengantin itu boleh merentas negeri pulang ke kampung walaupun hakikatnya beberapa mukim di Terengganu kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sebenarnya, tujuan Hidayah merentas negeri ialah bagi mengikuti suaminya pulang ke kampung selepas majlis pernikahan mereka sahaja dan bukannya atas sebab lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ridzuan razali (@are9ridzuan)

Mereka berdua juga telah melakukan swab test sesudah sampai ke Terengganu bagi mengelakkan diri daripada menjadi pembawa virus.

Jadi mungkin dekat sini dah jelas lah mengapa Hidayah dan suaminya merentas negeri, harapnya tak ada lah yang marah pula ya.

Sumber foto dan video: Instagram Dayah Zubit

Written by: Ainaa Hafizah