Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Pernah Cuba Bunuh Diri Beberapa Kali, Janna Nick Disahkan Alami Bipolar Disorder

today22 April 2021

Background

Satu persatu dugaan dialami oleh pelakon Janna Nick semenjak tahun 2021 ini sehingga membuatkan beliau tidak mampu lagi untuk menangani semua ini.

Namun satu lagi berita mengejutkan telah menimpa pelakon drama Leftenan Zana ini apabila beliau kini disahkan menghidapi penyakit bipolar diorder.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Berita itu disahkan sendiri oleh Janna melalui posting di laman Instagram miliknya yang turut menerangkan keadaan dirinya yang terkini.

“I was clinically diagnosed with bipolar disorder. I took time off from social media to focus on myself.
Its been a week (& still continuing) taking Antidepressant medication ( Escitalopram ) & Carbamazepine ( CBZ ).”

Tambah Janna, beliau sering mendengar sebanyak tiga hingga empat suara di dalam kepalanya ‘berbual’ sesama sendiri sehingga membuatkan beliau berfikir itu merupakan perkara normal.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 26 tahun itu turut mengakui bahaawa ketika berusia lapan tahun, beliau pernah membuat cubaan bunuh diri, diikuti pada usia 14 tahun serta 15 tahun dan terkini pada usia 20 tahun.

Cubaan bunuh diri yang dilakukan olehnya ialah dengan memakan ubat pelbagai jenis, kelar lengannya di hadapan adik bongsunya serta duduk di bawah salji sewaktu berada di Korea selama dua jam.

Disebabkan pengakuan tersebut, ramai rakan selebriti dan pengikutnya di laman Instagram menitipkan kata-kata ucapan kepadanya dan mendoakan yang terbaik buat Janna sendiri.

Janna kini sedang dalam pengawasan ubat dan turut akui sedang mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.

Kami di Hot FM mendoakan supaya Janna cepat sembuh dan baik-baik sahaja.

Baca juga artikel sebelum ini:

Akui Penat Jadual Kerja Penuh Sampai Hujung Tahun, Rakan Selebriti Beri Semangat Pada Janna Nick

Sumber foto dan video: Instagram Janna Nick

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (20)

Sosial

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Sahkan Video UFO Yang Tular Adalah Tulen

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Baru-baru ini, Amerika Syarikat dikejutkan dengan kebocoran maklumat sulit milik Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat iaitu video penampakan kapal angkasa makhluk asing atau UFO berlegar di ruang udara San Diego. Difahamkan video tersebut telah dirakam sendiri oleh pihak United States Navy Pilot pada Julai 2019. Disebabkan video tersebut telah ‘bocor’, jurucakap The Pentagon, Sue Gogh tampil untuk... Klik sini […]

today22 April 2021