Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Pertama Kali Berlakon Jadi Doktor Bagi Filem Frontliners, Ada Yang Nak Jadi ‘Pesakit’ Zul Ariffin

today23 April 2021

Background

Nama pelakon Zul Ariffin sudah semestinya sinonim dengan drama atau filem aksi mahupun kisah cinta, tetapi kali ini pelakon kelahiran Taiping, Perak itu telah tampil dengan watak baharu.

Zul bakal membawa watak sebagai seorang doktor bagi filem lakonannya yang berjudul Juang The Movie dibawah penerbitan Suhan Movies dan bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Posting terbaharu Zul turut membuatkan ramai peminatnya sudah tidak sabar untuk menonton filem tersebut untuk melihat lakonannya sebagai seorang doktor.

Mana tidaknya, sebelum ini Zul sering membawa watak aksi lasak, hero pujaan Malaya dan watak biasa yang sering menampilkan dirinya sebagai watak utama.

Kebanyakan peminatnya di laman Instagram turut berasa teruja sehingga ada yang sanggup untuk menjadi ‘pesakit’.

Alahai, ada-ada sahaja lah peminat ni ya sampai sanggup nak jadi orang sakit ya, tapi kalau jadi pesakit pun bukan Zul boleh rawat kan.

Drama tersebut turut menampilkan pelakon lain antaranya ialah Zizan Razak, Janna Nick, Pekin Ibrahim, Lisdawati, Fahrin Ahmad, Dian P. Ramlee, Luqman Hafiz dan ramai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JUANG The Movie (@juangthemovie)

Difahamkan filem ini berkaitan tentang petugas barisan hadapan berhadapan dengan situasi COVID-19 melanda negara.

Filem ini akan dapat ditonton di pawagam pada tahun 2022 nanti!

Sumber foto: Instagram Zul Ariffin dan Juang The Movie

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post