Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Pertama Kali Kongsi Foto Bersama Kepada Umum, Ramai Puji Kecantikan Wajah Adik PU Riz

today2 April 2021

Background

Buat pertama kalinya, Shakira Ismail Norbat iaitu adik kepada pendakwah selebriti yang namanya kini menjadi sebutan hangat, PU Riz telah kongsikan foto mereka bersama ketika majlis perkahwinan yang diadakan pada 27 Mac lalu.

 

Sebelum ini, Shakira tidak pernah kongsikan foto beliau bersama dengan ahli kelurga yang lain, lebih-lebih lagi bersama abangnya itu.

Namun kali ini, secara terbuka Shakira telah memuat naik foto mereka bersama di atas pelamin yang serba putih itu.

Dalam masa yang sama, ramai pengikutnya di laman Instagram turut memuji kecantikan yang dimiliki oleh gadis tersebut.

Lebih melucukan apabila caption yang ditulis oleh Shakira itu turut menjadi tanda tanya adakah ‘baby‘ yang dimaksudkan itu merujuk kepada PU Riz atau dirinya?

Boleh jadi PU Riz seorang yang manja bersama dengan ahli keluarganya sehingga membuatkan Shakira meletakkan caption seperti itu.

Apa pun, tak sabar juga rasanya nak tengok banyak lagi foto PU Riz bersama keluarganya ketika majlis perkahwinan beliau.

Baca juga artikel berkaitan:

Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…

Sumber foto: Instagram Shakira Ismail Norbat

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage-23

Sosial

‘Air Kotor Dan Menyedihkan’- Lelaki Ini Kecewa Lihat Keadaan Zoo Negara Tidak Diselenggara

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Sebelum ini, Zoo Negara dikhabarkan hanya mampu bertahan hingga April kerana bekalan kewangan yang tidak mencukupi. Berikutan itu, orang ramai mula menyalurkan dana agar Zoo Negara tetap dapat bertahan. Malah, Zoo Negara turut telah dibenarkan beroperasi dan pastinya ramai orang sudah mula mengunjungi Zoo Negara terutama sekali sekarang cuti sekolah. Akan tetapi, perkongsian seorang pengguna Facebook Kinz... Klik […]

today2 April 2021