Ramai yang mengetahui tentang kisah perhubungan jarak jauh pengacara dan panyanyi Dayah Bakar sebelum ini bersama suaminya, Kapten Muhammad Hanif.
Namun mereka kini sudah tidak berjauhan lagi setelah Dayah berhijrah ke Australia bersama anak sulungnya untuk tinggal dekat dengan suami tercinta.
Oleh itu, tarikh 29 Jun 2021 menjadi ulangtahun perkahwinan kali pertama pasangan itu dapat meraikannya bersama pada hari sebenar, walaupun sudah 3 tahun Dayah dan Kapten Hanif bergelar suami isteri.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan: Ramai ‘Cemburu’ Hidup Bebas Tanpa Face Mask, Dayah Bakar Mahu Kongsi Kegembiraan
Perkara itu dikongsikan beliau melalui satu hantaran di Instagramnya.
“This is the first time that we get to celebrate our anniversary on the day itself .
3rd year , and there’s 3 of us now . Syukur alhamdulillah .
Sampai syurga , syurgaku ?”
Pasangan itu kelihatan ceria meraikannya di sebuah restoran bersama anak mereka, Achbar Muhammad Fahri.
Memori itu pastinya menjadi satu kenangan yang indah apabila mereka sudah berada dekat antara satu sama lain.
Sementara itu melalui ruangan komen, netizen tumpang gembira dengan perkembangan tersebut dan mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan buat Dayah dan Kapten Hanif.
Kami di Hot FM pun tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga kecil ini.
Sumber: Instagram Dayah Bakar