Aktif dalam industri seni, penyanyi dan komposer Faizal Tahir ialah satu nama yang hebat.
Penglibatannya dalam dunia hiburan diakui bagus dengan memiliki popularitinya yang tersendiri.
Namun pada 19 April 2021, beliau mengumumkan untuk berehat panjang.
Baca artikel berkaitan: Buat Kemunculan Semula Bersama Mirwana, Ini Perbezaan Faizal Tahir Dulu Dan Sekarang
Faizal telah memuat naik satu foto yang menunjukkan sepucuk surat dengan tulisan tangan tentang hasrat hatinya.
Melalui caption:-
“I’ll be back before you know it. Insha’Allah.“
Penyanyi itu terlebih dahulu mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada para peminat yang telah menyokong dirinya selama ini.
Menurut beliau, kerjaya seninya telah berterusan sejak tahun 2015.
Oleh itu sudah tiba masanya untuk beliau berehat kerana sudah ketandusan idea.
Projek ‘QIBLA’ merupakan hadiah terakhirnya buat peminat, sebelum beliau mengambil cuti panjang bermula selepas Hari Raya.
Beliau juga mahu meluangkan lebih banyak masa bersama ahli keluarganya.
Namun, Faizal masih akan menulis dan menghasilkan karya, cuma ia bukanlah untuk dirinya sendiri.
Sementara itu, ramai yang menyuarakan pendapat mereka tentang keputusan Faizal ini.
Apapun, ramai peminat yang mengerti dan bersedia untuk menunggu kemunculan Faizal Tahir semula nanti.
Sumber: Instagram Faizal Tahir