Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Rapatkan Saf” Tak Dapat Sertai Solat Jemaah, Syeriv Hantar ‘Wakil’ Dinosaur Jadi Pengganti Diri

today27 April 2021

Background

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, mana perginya perangai ibu bapa kalau tidak jatuh pada anak?

Seperti yang kita tahu, pelakon Syatilla Melvin dan suaminya, Shaheizy Sam mempunyai seorang anak lelaki yang boleh dikatakan agak panjang akal juga.

Jadi, apa sahaja yang dilakukan oleh Syeriv Samheizy sentiasa mencuit hati keluarga dan pengikutnya di laman Instagram.

Kali ini, Syeriv sekali lagi berjaya membuatkan ramai ketawa melihat keletahnya yang telah menggantikan patung dinosaur untuk ‘solat’ bersama dengan bapanya.

Keletahnya itu telah dapat ditangkap melalui kamera litar tertutup yang di pasang pada ruang tamu rumah mereka sekali gus menampakkan keadaan sekeliling ketika kejadian berlaku.

Ramai turut terhibur melihat aksi Syeriv dan menganggap si kecil itu masih lagi mampu untuk menghantar wakil walaupun dirinya tidak dapat untuk sertai solat jemaah berkenaan.

Bagus Syeriv ni, siap suruh dinosaur solat sekali yang tak tahan tu!

Apa pula lah keletah yang akan dibuat oleh Syeriv lepas ni, haritu tunggu luar tandas waktu Syatilla tengah buang air besar kali ni letak dinosaur pula.

Baca juga artikel sebelum ini:

Sanggup Tunggu Ibu ‘Melabur’ Asalkan Tak Berpisah, Gelagat Syeriv ‘Bertapa’ Depan Toilet Bikin Netizen Terhibur
Syeriv Samheizy Ajar Tutorial Makeup Badut, Tak Sangka Syatilla Melvin Kantoi Terkentut

Sumber foto: Instagram Syeriv Samheizy

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Wanita Ini Ubah Suai Helmet Dengan Letak Signal, Tapi Cara Penggunaannya Pula Menghiburkan

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai rekaan itu.Malah, ramai yang mempersoalkan cara penggunaannya yang sangat lucu dan boleh menyakitkan apabila melakukannya.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 301.1K views, 1,712 retweets dan 3,966 likes di Twitter.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

today27 April 2021