Semenjak 4 Mei lalu, rakyat Malaysia mula bersuara berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Selangor untuk beberapa daerah iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Disebabkan itu, ramai mula berasa bimbang mengenangkan perayaan Aidilfitri yang dijangka bakal disambut pada 13 Mei ini.
Pelbagai reaksi dapat dilihat selepas pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pelakon Diana Danielle turut tidak terkecuali memberi reaksinya yang tersendiri berkaitan berita tersebut.

Kali ini beliau tidak meluahkan perasaan secara bertulis atau memuat naik video mengamuk, tetapi ibu kepada dua cahaya mata itu mengambil keputusan untuk menyanyi!
“All I know… All I know… MCO 3.0”
View this post on Instagram
Nyanyian Diana turut disertai oleh seorang rakan baiknya bersama anak sulungnya yang dikenali sebagai Che Mat.
Video tersebut turut membuatkan pengikut Diana berasa terhibur dan tumpang redha dengan apa yang berlaku.

Nampaknya tahun ni kita masih lagi beraya dirumah bagi mengekang virus COVID-19 daripada terus berleluasa.
Pastikan ini tahun terakhir kita beraya di rumah, lawan COVID-19 habis-habisan supaya tahun depan kita dapat beraya di kampung!
Sumber foto dan video: Instagram Diana Danielle