Selepas empat tahun ‘berehat’ daripada dunia seni, nampaknya pelakon Anzalna Nasir kini sudah merindui untuk beraksi di hadapan kaca televisyen.
Memperlihatkan posting terbaharunya di laman Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata itu telah kongsikan satu video pendek drama terakhir lakonannya sebelum ‘berehat’ sekian lama.
View this post on Instagram
Ketika itu, zaman kemuncak kerjayanya turut menyaksikan beliau melakonkan dua buah drama yang mempunyai berpuluh episod sehingga membuatkan namanya dikenali ramai.

Pada Mei 2019 yang lalu, Anzalna telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya dan sehingga kini beliau masih lagi belum berlakon dalam mana-mana drama atau telemovie tempatan.
Mungkin kini sudah sampai masanya untuk beliau kembali semula ke set pengambaran dan memulakan semula kerjaya seninya selepas dua tahun membesarkan anaknya yang diberi nama Mohamad Eidrees.
Dalam masa yang sama, beliau turut memberitahu bahawa beliau pernah menerima tawaran berlakon drama bersama dua lagi adik beradiknya iaitu Mia Nasir dan Afifah Nasir tetapi terpaksa ditolak atas sebab yang tertentu.
Apa pun, harap-harap lepas ni dapat la tengok Anzalna berlakon lagi, rindu nak tengok beliau flip rambut!
Sumber foto dan video: Instagram Anzalna Nasir