Hot FM

Sakitnya! Lara Alana Cedera Gara-Gara Terjatuh Ketika Turun Bukit Naik Skuter

Anak sulung kepada pelakon Scha Alyahya dan Awal Ashaari iaitu Lara Alana dikenali ramai sejak awal dirinya dilahirkan lagi.

Terbaharu pada 7 Jun 2021, tangannya telah terluka gara-gara terjatuh ketika menuruni bukit dengan menaiki skuter.

Baca artikel berkaitan: Senyuman Dalam Tangisan, Scha Alyahya Throwback Video Lara Alana Redha Kena Tinggal

“Budak degil.. lain kali jangan gatal nak turun bukit naik scooter tu.. kan dah dapat cop mohor..

Daddy kata, nanti terpaksa kurangkan duit hantaran sebab dah ada tanda.. ?”

Melihat kepada luka yang dialami Lara, pasti kanak-kanak itu menangis ketika waktu kejadian.

Sementara itu, ramai yang meninggalkan reaksi mereka untuk perkongsian tersebut.

Tidak mengapalah Lara, perkara tersebut adalah biasa ketika melalui proses membesar.

Semoga cepat sembuh!

 

Sumber: Instagram Lara Alana

Exit mobile version