Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Salah Parking Ke?” Maruah Tercalar, Neeta Manis Bakal Ambil Tindakan Pada Lelaki Ini

today9 June 2021

Background

Tidak semua perkara boleh dibuat gurauan, lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan maruah seseorang.

Disebabkan itu, penyanyi Neeta Manis yang merupakan salah seorang selebriti di bawah naungan NAR Records bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengamal media yang tidak bertanggungjawab.

Lelaki berkenaan telah memuat naik satu video menunjukkan Neeta sedang memegang salah satu bahagian anggota badannya ketika dalam sebuah program televisyen.

Namun tindakan Neeta itu hanya lah tindakan secara spontan sahaja tetapi itu tidak bermaksud lelaki berkenaan mempunyai hak untuk memuat naik klip tersebut di akaun TikTok miliknya.

Lebih menyakitkan hati lagi, video itu masih lagi tidak dipadam daripada akaunnya.

Rasa terhina dengan apa yang berlaku, Neeta telah memuat naik posting memberitahu akan mengambil tindakan akibat perbuatan tersebut setelah panggilan telefon mereka tidak dijawab oleh lelaki berkenaan.

Ingat, nak bergurau kena lah bertempat jangan sampai menjatuhkan maruah orang lain dan memalukan individu berkenaan.

Sumber foto: Instagram Neeta Manis

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post