Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sama-Sama Dalam ‘Mencari Cinta’, Peminat Setuju Jodoh Bunga Citra Lestari Dengan Ariel Noah

today23 April 2021

Background

Sudah lebih setahun pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia.

Tempoh itu juga membuatkan isterinya penyanyi Bunga Citra Lestari melalui hari-hari bersama anak tunggal mereka, Noah Sinclair.

Bunga kini sudah kembali aktif dalam bidang nyanyian dan kelihatan kuat untuk menempuhi masa yang mendatang.

Pada 22 April 2021, beliau telah memuat naik satu hantaran di Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Baca artikel berkaitan: Bunga Citra Lestari Temui ‘Cinta Sejati’

Video tersebut menunjukkan sedutan daripada video musik Mencari Cinta dengan kolaborasi beliau dengan Ariel Noah.

Bunga dan Ariel rapat kerana banyak melakukan projek nyanyian bersama.

Namun kedekatan mereka itu dilihat sebagai sesuatu yang baik jika mereka dapat bercinta di dunia nyata.

Perkara itu disuarakan para peminat melalui ruangan komen.

Bagaimanapun, Bunga dan Ariel lebih tahu sejauh mana kedekatan hubungan mereka.

 

Sumber: Instagram Bunga Citra Lestari

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Pasangan Badak Air Jiwang & Juwita Selamat Disatukan

Dilayan seperti 'raja sehari', pasangan badak air yang bernama Jiwang dan Juwita selamat disatukan dalam suasana kenduri kahwin di taman temai air Lost World of Tambun, Ipoh.Menurut sumber, perkahwinan itu berkonsepkan Melayu tradisional. Majlis badak air dari Afrika itu lengkap dengan acara 'menyambut menantu' dan mempelai masuk diiringi bunga manggar, ditaburi bunga dan dibawa masuk beberapa dulang hantaran selain sesi makan beradab.Namun, lain pula yang jadi apabila salah seorang... Klik […]

today23 April 2021