Hot FM

Sama-Sama Dalam ‘Mencari Cinta’, Peminat Setuju Jodoh Bunga Citra Lestari Dengan Ariel Noah

Sudah lebih setahun pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia.

Tempoh itu juga membuatkan isterinya penyanyi Bunga Citra Lestari melalui hari-hari bersama anak tunggal mereka, Noah Sinclair.

Bunga kini sudah kembali aktif dalam bidang nyanyian dan kelihatan kuat untuk menempuhi masa yang mendatang.

Pada 22 April 2021, beliau telah memuat naik satu hantaran di Instagramnya.

Baca artikel berkaitan: Bunga Citra Lestari Temui ‘Cinta Sejati’

Video tersebut menunjukkan sedutan daripada video musik Mencari Cinta dengan kolaborasi beliau dengan Ariel Noah.

Bunga dan Ariel rapat kerana banyak melakukan projek nyanyian bersama.

Namun kedekatan mereka itu dilihat sebagai sesuatu yang baik jika mereka dapat bercinta di dunia nyata.

Perkara itu disuarakan para peminat melalui ruangan komen.

Bagaimanapun, Bunga dan Ariel lebih tahu sejauh mana kedekatan hubungan mereka.

 

Sumber: Instagram Bunga Citra Lestari

Exit mobile version