Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sambut Hari Jadi Ke-16, Rantai Cik B Menarik Perhatian Ramai

today27 May 2021

Background

Sambutan hari jadi adalah sangat bermakna kerana ia hadir hanya setahun sekali.

Anak kepada jutawan kosmetik, Dato’ Seri Vida atau DSV iaitu penyanyi dan pelakon Cik B telah genap usianya 16 tahun pada 19 Mei 2021.

Baca artikel berkaitan: Wanita Hamil Cedera Parah Dilanggar Kereta Cik B, Dato Seri Vida Gesa Mangsa Diselamatkan

Melalui satu hantaran yang dimuat naik oleh Cik B di Instagram pada 26 Mei 2021, beliau menzahirkan penghargaan kepada DSV bersempena sambutan tersebut.

“Thank you mama❤️
Happy birthday to me:)
19/5/05

Comment birthday korang mana tahu ada kembar birthday ?”

Namun berdasarkan foto-foto yang dikongsikan, antara yang menarik perhatian adalah rantai yang dipakai Cik B.

Ini kerana saiz rantai berkenaan kelihatan agak besar.

Berat tak agaknya rantai tu?

Sementara itu, netizen menyuarakan tentang rantai Cik B pada ruangan komen.

Antara yang menarik tumpuan juga adalah bendera negara Palestin yang digantung untuk sambutan itu.

 

Sumber: Instagram Cik B

Written by: Hasanah Yusof