Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sambut Hari Lahir Pembantu Rumah Dekat Luar, Ramai Puji Sikap Datin Paduka Eina Azman

today22 March 2021

Background

Walaupun dirinya berpangkat dan mempunyai suami yang kaya raya tetapi itu tidak membuatkan pelakon Datin Paduka Eina Azman sombong atau pilih kasih.

Disebabkan itu beliau sering melayan semua pembantu rumahnya sama rata tidak kira sama ada pembantu itu menjaga anak-anaknya atau pun tidak.

Datin Paduka Eina ada memuat naik satu video pendek ketika meraikan hari lahir salah seorang pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Megawati di sebuah restoran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Walaupun sambutan itu sangat ringkas tetapi ia tetap bermakna apabila ibu kepada dua cahaya mata itu telah menghadiahkan seutas rantai kepada pembantu rumahnya itu.

Ramai berasa terhibur melihat aksi Datin Paduka Eina yang sangat gembira sampai melompat ketika menyanyikan lagu hari lahir itu.

Dalam masa yang sama, ramai pengikutnya turut meninggalkan komen menganai kemesraan beliau bersama dengan pembantunya yang sepatutnya dicontohi oleh semua majikan.

Bukan senang tau nak dapat majikan macam Datin Paduka Eina ni, semua pembantu dilayan macam keluarga sendiri!

 

Sumber foto dan video: Instagram Datin Paduka Eina Azman

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] Niat Nak Jadi Menantu Idaman, Tapi Tak Sengaja Pula Robohkan Kabinet Rumah Mentua

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu sedang berusaha untuk memikat hati mentuanya dengan mahu mengemas di bahagian dapur. Tetapi, secara tidak sengaja kejadian itu bertukar kepada tragedi yang memalukan.Ketika sedang membersihkan dapur, dia secara tidak sengaja telah membuat kabinet berkenaan roboh sehingga menyebabkan pinggan mangkuk pecah di lantai.Difahamkan, kejadian itu berlaku sewaktu wanita tersebut mahu mengalihkan pinggan mangkuk yang berada di bawah sinki ke dalam... Klik sini untuk baca artikel […]

today22 March 2021