Golongan lelaki lebih sinonim dengan sukan bola sepak berbanding wanita.
Memahami minat suami, pelakon Mira Filzah telah membuat kejutan kepada suaminya, Wan Emir apabila menghadiahkan sebiji kek istimewa buat peminat pasukan Liverpool FC itu.
Baca artikel berkaitan: Pendiam Tapi Mulut Berbisa, Netizen Tak Percaya Mira Filzah Mampu ‘Maki’ Bila Marah
Istimewanya kek tersebut kerana ia berbentuk logo Liverpool FC dengan kemasan berwarna emas, wow!
Melalui ruangan caption pula, Mira menulis ringkas ucapan hari jadi buat suaminya yang ke-31.
“Happy 31st Birthday to you, my dearest husband! May Allah’s blessings and protection be with you and may HE keeps you in his protection forever. Amin YRA.
I will always be here, right beside you and You’ll Never Walk Alone. Love you so much Sayang i.
?❤️”
Meninjau ke akaun Instagram Wan Emir pula, beliau membalas ucapan dan kejutan daripada isterinya yang tercinta.
“Last but never the least, to take the coming leaps and strides of my life as a servant of Him with @mfmirafilzah my love and companion of this life and the hereafter, who looks at me in the eyes and says you will never walk alone, in spirit and passion. Love you Syurga i with all my heart and soul ? I am overjoyed by the wonderful golden surprise!”
Pandai Mira ambil hati dan menceriakan suaminya.
Namun terdapat satu komen daripada peminat yang berkisarkan tentang zuriat.
Ini kerana ramai yang menantikan beliau untuk hamil.
Komen tersebut berbentuk positif supaya Mira tidak terlalu memikirkan pandangan orang lain.
Apapun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Mira Filzah dan Wan Emir.
Sumber: Instagram Mira Filzah dan Wan Emir