Hot FM

Sambut Ramadan Bersama, Ramai Sendu Tengok Syamel Dan Ernie Zakri Sweet Sangat!

Geram je setiap kali tengok pasangan suami isteri Syamel dan Ernie Zakri ni, ada sahaja gelagat comel yang mereka buat!

Maklum lah, semenjak bergelar suami isteri ni, baru lah mereka tunjuk betawa indahnya perkahwinan yang dibina itu.

Memandangkan mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu, maka itu bermaksud tahun ini merupakan tahun pertama mereka berpuasa dan bakal beraya bersama-sama.

Seperti yang kita tahu, Syamel dan Ernie turut ada keluarkan lagu baharu mereka bersama yang berjudul Goodbye Hello dan dikesempatan itu mereka sempat membuat short clip dengan menggunakan lagu tersebut di dalam posting terbaharu di laman Instagram milik Syamel.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kita dapat saksikan betawa sweet nya mereka berdua sehingga ada yang meninggalkan komen sendu di posting tersebut.

Rata-rata peminat mereka turut memuji kecomelan Ernie yang sering berperwatakan seperti kanak-kanak tetapi masih lagi nampak real dan tidak dibuat-buat.

Tenang ya guys mana yang sendu dan cemburu tu, tak lama lagi masa kalian pun akan sampai.

Tak sabar pula rasanya nak tengok music video lagu Goodbye Hello ni kan, mesti bertambah sweet gelagat Ernie dan Syamel ni!

Sumber foto dan video: Instagram Syamel dan Ernie Zakri

Exit mobile version