Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Sampai Pucat Tangan” Hidung Berdarah Lepas Menyelam, Ramai Puji Keberanian Uyaina Arshad

today5 April 2021

Background

Menjadi seorang pelakon bukan lah satu kerjaya yang boleh dipandang mudah oleh segelintir masyarakat, mungkin ada yang berfikiran menjadi pelakon hanya perlu hafal skrip dan berlakon sahaja.

Tetapi tahukah anda segala usaha yang perlu mereka lakukan dalam menghasilkan sesebuah karya itu?

Bagi pelakon dan pengacara Uyaina Arshad, beliau yang asalnya takut untuk menyelam di dalam air, terpaksa membiasakan diri sehingga membuatkan beliau mengalami kecederaan apabila hidungnya berdarah.

Uyaina ada kongsikan pengalaman pertama kali beliau menyelam bagi menghasilkan opening montage untuk drama lakonan terbaharunya bersama dengan Zul Ariffin.

Menuru Uyaina, pada mulanya rasa takut itu memang ada tetapi lama kelamaan beliau berjaya memberanikan diri sehingga membuatkan beliau enjoy melakukan scene tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Walaupun hidungnya berdarah disebabkan tekanan air yang tinggi tetapi itu tidak membuatkan Juara Pencarian Nona Manis itu putus asa.

Ramai pengikutnya turut memuji sikap berani Uyaina dan menyifatkan beliau sebagai seorang selebriti yang serba boleh.

Bukan senang tau nak menyelam kalau tak ada pengalaman, tapi Uyaina berjaya memberi hasil yang begitu baik!

Sumber foto dan video: Instagram Uyaina Arshad

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

vocket-mabuk-tidur-tengah-jalan-header

Sosial

Lalu Lintas Sesak Selepas Dua Individu Disyaki Mabuk Tertidur Di Hadapan Lampu Isyarat

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Kes kemalangan akibat mabuk merupakan salah satu faktor terbesar yang menyumbangkan kepada jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia. Terbaru, tular satu rakaman video menunjukkan dua orang pemuda ditemui tertidur di dalam kereta di hadapan lampu isyarat setelah disyaki mabuk. Perbuatan mereka telah menyebabkan gangguan lalu lintas hingga menyebabkan  pengguna jalan raya terkandas dalam kesesakan trafik... Klik sini untuk […]

today5 April 2021