Setiap orang mungkin mempunyai bakat-bakat tertentu yang tidak diketahui umum.
Seperti pelakon Hafreez Adam, beliau pandai membuat lukisan yang dikagumi ramai.
Namun ada yang menganggap bahawa Hafreez sekadar berkongsi tentang hasil lukisan dan ia bukan hasil tangan beliau sendiri.
Baca artikel berkaitan: Tarik Diri Dari Penggambaran Filem Demi Keselamatan Diri Dan Krew, Inisiatif Baik Hafreez Adam Dipuji Ramai!
“Sebab hari tu ada orang dekat story cakap tak percaya Abe paint sendiri. “Kalau betul lukis sendiri, buatlah video. Tak berani kan?” katanya.
Nah, terimalah. Memang kerja Abe kena please orang-orang yang mindset asyik fikir negatif sahaja. ?”
Menyangkal dakwaan tersebut, pelakon itu berkongsi satu video yang menunjukkan dirinya menghasilkan sendiri satu lukisan yang cantik.
Sah, beliau memang berbakat!
Perkongsian beliau mendapat pujian ramai apabila bakat yang dimilikinya itu dikagumi.

Berseni betul tangan Hafreez.
Sumber: Instagram Hafreez Adam