Connect with us

Yang Hangat

Sarat 9 Bulan Dan Jantina Bayi Masih ‘Menyorok’, Ain Edruce ‘Tidak Tahu’ Bila Anak Akan Dilahirkan

Jantina bayi belum dikongsikan kepada umum, peminat tidak sabar menunggu kelahiran Ain Edruce junior

Published

on

“Hyper sungguh la mak buyug ni dari awal mengandung sampai nak meletop pun tak reti duduk diam, joget je memanjang??”

Pengalaman hamil dikatakan adalah fasa yang indah dan sering dinantikan oleh para wanita bagi melengkapkan institusi kekeluargaan, malah penjagaan sepanjang kehamilan penting bagi memastikan sepanjang tempoh itu, ibu dan bayi sentiasa sihat dan tiada sebarang komplikasi sehingga tiba saat kelahiran.

Perjalanan waktu hamil mungkin berbeza-beza bagi setiap wanita yang bergelar ibu, ada yang mengalami alahan yang teruk dan ada yang mengalami ‘keajaiban’ kerana sama sekali tidak mengalami sebarang permasalahan alahan.

Hal itu dapat digambarkan melalui pelakon dan pengacara, Ain Edruce atau dengan nama sebenarnya Nurulain Edruce yang kelihatan masih aktif dan cergas memuat naik video menari di laman TikTok miliknya, walaupun usia kandungan mencecah 9 bulan.

@ainedruce91Bile lah si kecik ni nak kelua …♬ original sound – destiny ?

Kebiasaannya setelah memasuki usia 9 bulan, ia merupakan fasa terakhir kehamilan sebelum menjelang waktu bersalin, usia janin dalam minggu ke-41 itu dikatakan berada di dalam proses waktu yang mengalami perkembangan yang cukup signifikan.

Menyifatkan Ain sebagai seorang yang aktif dan periang, menerusi sebuah sumber laporan berita beliau pernah mengakui bahawa dia dan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa masih belum mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan itu.

“Setiap kali buat pemeriksaan kesihatan, bayi saya sangat ‘pemalu’. Susah betul saya nak tengok muka. Buat pemeriksaan 3D pun, memang tak boleh tengok, dia asyik menyorok saja. Doktor selalu cakap anak saya pemalu, tapi doktor mungkin lupa saya tak pemalu. Mungkin ikut bapa dia”

Kandungan yang sihat dan berada di dalam rahim pada posisi yang normal membolehkan imbasan ultrasound dilakukan dalam kadar tempoh tertentu bagi memperlihatkan status jangkaan masa bayi untuk bersalin dan sebagainya.

“Aku jeke yang rasa Ain ni lama sangat mengandung hahahaha Tokti dah beranak dah pun, dua kali aku hadap fyp belum keluar-keluar lagi…tak sabar ni nak tunggu baby ikut muka siape”

Menjengah ke ruangan komen di laman TikTok, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa teruja untuk menantikan kelahiran bayi junior Ain Edruce sekali gus menceritakan pengalaman mereka sewaktu sedang berbadan dua.

Walaupun Ain yang masih giat menghasilkan video-video menari, beliau dikatakan masih mendapat rehat yang secukupnya dan tidak mengalami sebarang keletihan yang melampau.

@ainedruce91???♬ HAZ MI BAILE Y ETIQUETAME. – I’M GOLD??

Ain Edruce ada berkongsikan melalui sumber Harian Metro bahawa bayi sulungnya itu bakal dilahirkan pada 22 Mei dan berhasrat untuk melahirkan anaknya secara normal.

Wah tak sabarnya nak jumpa Ain Edruce junior! Mesti comel kan, semoga kelahiran berjalan dengan lancar dan bayi dilahirkan dalam keadaan sihat walafiat.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: TikTok Ain Edruce

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.