Disaat ini, apa sahaja arahan akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas peningkatan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan.
Terkini pada 23 Mei sahaja sebanyak 6,976 kes baharu dikenal pasti di Malaysia dan sudah semestinya angka ini yang paling tertinggi pernah dicatat semenjak negara kita dilanda pandemik ini.

Penerbit terkenal, Michael Ang telah mengambil satu inisiatif yang tersendiri dengan membuat ‘peraduan’ yang mana akan menawarkan wang tunai kepada sesiapa sahaja yang berjaya menyahut cabaran tersebut.

Michael atau lebih dikenali sebagai Mike itu akan memberi wang ganjaran sebanyak RM500 kepada 10 individu yang berjaya membuat self lockdown di rumah masing-masing sehingga 8 Jun ini.

“Salam semua. Ini bukan aku nak buat content atau nak jadi famous atau I nak jual product. Cuma harap apa i mampu buat untuk encourage orf Malaysia self lockdown”
Menjengah di ruangan komen posting tersebut, ramai yang memuji tindakan Mike dan ada juga yang akan menyahut cabaran tersebut.
Antara yang meninggalkan komen turut memberitahu bahawa sudah lama melakukan self lockdown sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini.

Self lockdown ini sendiri merupakan salah satu cara untuk kita mengekang penularan virus COVID-19 yang semakin hari semakin mengganas.
Semoga dengan inisiatif yang dilakukan oleh Mike ini akan membuatkan kita lebih peka dengan keadaan sekeliling dan mengambil berat tentang kesihatan diri dan orang yang tersayang.
Sumber foto: Instagram Michael Ang