Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Saya Sebagai Mak Hidup Tertekan…” Elly Mazlein Dedah Perasaan Di Instagram

today19 February 2021

Background

Baru-baru ini pelakon, pengacara dan penyanyi terkenal, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi berkongsikan satu video dengan kapsyen seakan ‘tertekan’ di laman Instagram miliknya.

Namun video itu bukanlah sesuatu yang patut dirisaukan kerana rupanya video berkenaan adalah mengenai peel ataupun perangai kucing beliau yang suka minta ditepuk!

Nampaknya video yang dikongsikan Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom itu menarik perhatian ramai warganet dan pengikutnya, mana tidaknya, keleteh beliau membebel kepada kucingnya itu seperti bercakap dengan manusia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Menulis di ruangan kapsyen :

“Haaaa mcm la budak itam skrg ni .. sy sebgi mak, hidup tertekan .. Asyik nak lari rumah je hidup dia”

Umum mengetahui bahawa memelihara binatang kesayangan merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik lebih-lebih lagi bila kita pelihara seekor kucing.

Sementara itu, di dalam video berkenaan, Kak Lina turut menceritakan perangai sebenar kucingnya itu,

“Siapa dia punya anak macamni punya perangai? Asyik nak minta teeepokk je, dia ingat kita ni takde kerja lain agaknya?

Awak tu dah besar, dah boleh kerja dah, dating pandai hilang berapa hari?

Balik minta tepuk apooo?”

Aduhai kelakar melihat keletah Kak Lina membebel dengan kucing beliau, macam mak-mak!

Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut ketawa melihat keletah Kak Lina dengan kucing peliharaannya itu :

Sumber : Instagram Elly Mazlein

Baca artikel berkaitan : ‘Papa’ Kena Denda Duduk Luar, Anak Elly Mazlein Pula Yang Tak Sampai Hati

Written by: Fieyna Azman


Previous post

BeFunky-collage (6)

Sosial

Didirikan Di Atas Bekas Tapak Kandang Babi, Kilang Fucuk Kotor Di Pulau Pinang Dikompaun RM8,500

Sebuah kilang perusahaan kulit tofu kering atau lebih dikenali sebagai fucuk di Sungai Jawi, Penang telah dikenakan sebanyak lima kompaun berjumlah RM8,500 setelah mendapati tahap kebersihan kilang tersebut tidak menepati syarat yang ditetapkan. Menurut laporan terbitan The Star, Pegawai Kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata, serbuan dijalankan berikutan hasil risikan dan pemantauan dari pihaknya sejak... Klik sini untuk baca artikel […]

today19 February 2021