Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Scam Duit Orang Konon Jadi Dropship Jual Baju, Caprice Beri Ganjaran Untuk Cari Lelaki Ini

today21 April 2021

Background

Tak sangka, pada bulan Ramadan ini masih ada lagi manusia yang sanggup menipu dan menggunakan nama orang lain demi mendapatkan wang ringgit secara haram.

Penyanyi rap, Caprice telah memohon bantuan pengikutnya di laman Instagram untuk mencari seorang lelaki ini kerana dikesan telah menjadi scammer dan menipu orang awam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Lelaki tersebut telah menyamar sebagai seorang ejen baju yang menjual produk keluaran oleh Caprice sendiri.

Menerusi posting di laman Instagram miliknya, Caprice memohon bantuan kepada umum dan ganjaran sebanyak RM5,000 akan diberikan kepada sesiapa yang berjaya menangkap lelaki tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Namun selepas disiasat, rupa-rupanya lelaki tersebut telah menyalahgunakan nama banyak jenama lain untuk kepentingannya sendiri.

Dalam masa yang sama, Caprice turut mendedahkan bahawa lelaki tersebut telah menipu orang lain untuk membeli coin di aplikasi Bigo semata-mata untuk kepentingan dirinya sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

“Kepada scammer yang jual baju Caprice ni, I bagi masa 24 jam untuk minta maaf, muncul dan refund semua duit customer yang awak scam. Saya janji akan maafkan dan takkan cari awak lepas ni.”

Ramai pengikutnya di laman Instagram turut bekerjasama untuk membantu Caprice dan memberikan kata-kata sokongan kepadanya dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan pesalah berkenaan akan dapat ditangkap dengan segera.

Sumber foto dan video: Instagram Caprice

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

collage

Sosial

Saman RM1,500 Langgar SOP, Exco Perak Yakin Pelajar Matrikulasi Mampu Bayar Saman

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata tiada unsur penindasan disebalik kompoun yang dikeluarkan terhadap enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak kerana tidak memakai pelitup muka. Dia yang berkata kepada Bernama seperti yang dilaporkan oleh Awani, percaya bahawa pegawai penguat kuasa KKM yang bertanggungjawab mengeluarkan saman itu hanya... Klik sini untuk baca […]

today21 April 2021