Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Sebaiknya Simpan” Nabil Mahir Kongsi Video TikTok Ayda Jebat Tapi Netizen Tegur Sebab…

today23 March 2021

Background

Sebagai pasangan suami isteri mesti mereka akan banyak habiskan masa bersama-sama, lebih-lebih lagi perkara itu turut akan mengeratkan lagi hubungan rumah tangga yang dibina.

Namun kadang kala mungkin kemesraan itu tidak sepatutnya dikongsikan untuk tontonan umum, kerana ia merupakan privasi masing-masing.

Mungkin disebabkan itu ada segelintir warganet mempersoalkan aksi Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang kelihatan extra sweet menjadi tontonan umum.

Nabil ada memuat naik satu video TikTok di laman Instagram miliknya yang menunjukkan mereka berdua sedang bergurau senda menggunakan lagu di dalam aplikasi tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)

Ayda berlakon kononnya mahu membuka butang bajunya di hadapan kamera tetapi dengan pantas Nabil telah menutup kepala isterinya itu dengan menggunakan sapu tangan.

Maka dengan itu ramai warganet mempersoalkan tindakan Nabil memuat naik video tersebut kerana ia dianggap sebagai kurang manis untuk dikongsikan kepada pengikutnya.

Bagi mereka aksi itu agak keterlaluan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Ayda.

Tak mengapa lah, mungkin Nabil dan Ayda sekadar nak bergurau sahaja kan?

Apa yang baik kita jadikan contoh, yang buruk kita jadikan teladan okay!

Sumber foto dan video: Instagram Nabil Mahir

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Bytedance Moonton

Sosial

Syarikat Pengeluar Mobile Legends, Moonton Dibeli Bytedance Pada Harga RM16.45 Bilion

Tidak dapat dinafikan bahawa Mobile Legends merupakan satu permainan yang terkenal dalam kalangan anak-anak muda di Malaysia bahkan ia juga terkenal di seluruh benua Asia Tenggara. Umum tahu bahawa permainan Mobile Legends ini dibangunkan oleh syarikat Moonton. Dalam perkembangan terbaharu, portal Channel News Asia melaporkan bahawa ByteDance, sebuah syarikat di China yang juga mengendalikan operasi aplikasi TikTok dikatakan telah membeli syarikat Moonton pada harga $4 bilion (RM16.45... Klik sini untuk […]

today23 March 2021