Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sedih Sangat Sampai Tersasul, Tangisan Adik Neelofa Buat Ramai Peminat Rasa Sebak

today30 March 2021

Background

Adik beradik mana yang tak sedih kalau tengok ahli keluarga yang selama ini dijaga kini telah menjadi milik orang lain selepas seseorang itu berumah tangga.

Perasaan sebak menyelubungi diri adik Neelofa yang juga merupakan walinya iaitu Mohd. Aqief, apabila beliau kelihatan menahan sebak ketika melafazkan akad di hadapan PU Riz dan saksi yang lain.

Dalam masa yang sama, Afieq turut tersalah lafaz apabila menyebut Neelofa sebagai anaknya dan tidak lama selepas itu beliau dilihat menahan sebak sebelum mengambil masa dalam beberapa saat untuk menenangkan dirinya.

Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menenangkan Aqief.

Klip video yang dimuat naik oleh salah seorang adik tiri Neelofa iaitu Athisha Khan di laman YouTube channel miliknya turut membuatkan ramai peminatnya berasa sebak.

Rata-rata mereka turut merasakan kesedihan yang dirasai oleh keluarga tersebut apabila mereka ‘terpaksa’ melepaskan Neelofa yang kini sudah bergelar suami kepada PU Riz.

Sebelum ini, Afieq turut menikahkan kakak sulung mereka iaitu Noor Nabila sewaktu majlis pernikahannya bersama dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 19 Mac lalu.

Baca juga artikel berkaitan:

Didakwa Berada Di Langkawi, Netizen Persoal Cara Neelofa Dan Suami Rentas Negeri
“Untuk Bakal Suami Saya…” Athisha Khan Kongsi Video Neelofa Bagi Ucapan Lepas Bertunang
Berakhir Sebuah Penantian, Neelofa Dan PU Riz Selamat Bergelar Suami Isteri

Sumber foto dan video: Instagram Neelofa dan YouTube Athisha Khan

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Malaysia-Indonesia-Plane-1000×666-810×539

Sosial

Kerugian AirAsia Naik RM5.09 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2020, Perolehan Susut Kepada 92 Peratus

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET AirAsia Group Bhd mencatat peningkatan dalam kerugian bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 kepada RM5.09 bilion berbanding RM315.81 juta bagi tahun sebelumnya. Tahun lalu juga mencatatkan kerugian dari segi pendapatan dengan RM3.14 bilion direkodkan berbanding RM11.86 bilion sebelum ini, lapor Berita Harian. Kumpulan itu turut mengakui bahawa impak pandemik terus memberi kesan kepada... Klik sini untuk […]

today30 March 2021