Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sedihnya! Momen Perpisahan Keluarga Tomok Dan Pembantu Rumah Undang Air Mata

today16 February 2021

Background

Hubungan sesama manusia boleh jadi sangat akrab walaupun bukanlah daripada darah daging yang sama.

Keakraban sesebuah keluarga dengan pembantu rumah misalnya, ia boleh menjadi rapat sehingga boleh dianggap seperti keluarga sendiri.

Pada 16 Februari 2021, penyanyi Tomok melalui Instagramnya telah memuat naik satu hantaran mengenai perkara itu.

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Video yang dikongsikan menunjukkan momen terakhir ketika pembantu rumahnya yang bernama Daimah berpisah dengan keluarga tersebut.

Melalui caption:-

“setiap pertemuan akan ada perpisahan

terima kasih daimah jaga keluarga saya dengan baik selama dua tahun…selamat pulang ke indonesia..sampai jumpa lagi”

Hantaran tersebut juga menunjukkan isteri dan anak lelaki Tomok menangis kerana perpisahan itu.

Daimah turut dilihat teresak-esak ketika berada di dalam kereta sebelum perjalanan pulangnya ke Indonesia.

Namun benarlah kata Tomok, setiap pertemuan akan ada perpisahannya.

Yang pasti, momen yang dikongsikan Tomok ini membuktikaan bahawa layanan baik seakan keluarga sendiri telah diberikan kepada Daimah.

Dalam pada itu, perkongsian berkenaan mendapat perhatian di ruangan komen.

Semoga contoh majikan dan pekerja yang baik seperti ini dapat dicontohi ramai.

 

Baca artikel berkaitan: “I Want To Pee” Yusuf Iskandar Selit Kelucuan Dalam Kesedihan Hanis Zalikha Berpisah Dengan Helper

Sumber: Instagram Tomok

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

BeFunky-collage (1)

Sosial

Kotor Dan Tidak Peduli, Dua Warga Rohingya Berniaga Air Tepi Jalan ‘Claim’ Jenama Orang Lain

Umum mengetahui bahawa dahulunya Malaysia menerima kedatangan warga muslim Rohingya dengan tangan terbuka untuk menetap di negara ini atas alasan kehidupan mereka di penempatan asal ditindas oleh pemimpin Myanmar. Diberikan perlindungan menetap di negara ini, timbul pula isu warga Rohingya ini berlagak seperti hidup di negara sendiri sedangkan mereka hanya sekadar menumpang sahaja. Terbaharu, tular video oleh seorang pengguna media sosial yang memaparkan kegiatan dua lelaki warga... Klik sini untuk baca […]

today16 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *