Connect with us

Yang Hangat

Selamat Tinggal! Lee Kwang Soo Umum Tarik Diri Daripada Running Man

Kwang Soo dikatakan membuat keputusan tersebut disebabkan kesan kemalangan yang dilaluinya tahun lalu

Published

on

Para peminat rancangan televisyen popular Running Man dari Korea Selatan pasti sangat mengenali anggotanya yang digelar ‘zirafah’ iaitu Lee Kwang Soo.

Segala aksi pelakon dan pelawak itu menarik perhatian ramai kerana ia kelihatan cukup bersahaja dan lucu.

Namun berita yang agak menyedihkan tentang beliau, Kwang Soo bakal meninggalkan Running Man setelah 11 tahun bersama dengan anggota yang lain.

Masih teringat kemunculan beliau ketika episod pertama rancangan itu pada 11 Julai 2010.

Baca artikel berkaitan: Nyanyian Acapella Kwang Soo & The Gang Buat Ramai Terhibur

Running Man telah banyak menaikkan namanya dalam dunia hiburan di Korea Selatan, malah beliau sangat dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa.

Kwang Soo dilaporkan mengambil tindakan tersebut kerana faktor masalah kesihatan disebabkan kemalangan yang beliau alami pada tahun 2020.

Pengunduran beliau bukanlah kali pertama dalam Running Man kerana sebelum ini Kang Gary juga melakukan hal yang sama.

Walaupun para peminat bersedih akan berita itu, namun diharapkan Lee Kwang Soo terus berjaya dalam setiap aktiviti yang dilakukannya selepas ini.

 

Sumber: Instagram Lee Kwang Soo, YouTube Snack!, Allkpop

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di