“Semua benda boleh buat! Very Talented artist ? ?”
Gelaran sebagai “anak seni” itu sememangnya kena dan tepat jika nak dibandingkan dengan teknik lakonan dan bakat nyanyian yang dimiliki, bukan sahaja versatil malah boleh dikategorikan sebagai selebriti pakej lengkap.
Dari sisi lakonan, memang tidak dinafikan nama selebriti ini telah dimartabatkan sebaris dengan pelakon-pelakon hebat tanah air kerana kebanyakan watak yang dibawanya sering mendapat tempat dalam hati penonton drama tempatan.
Biarpun bakat nyanyian yang dipamerkan hanya sekadar melalui lagu saduran penyanyi popular, kebanyakan peminat berpendapat pelakon yang terkenal melalui drama Nur Kasih itu mempunyai bakat sebagai penyanyi profesional.
Memuat naik hantaran di laman Instagram, Tiz Zaqyah berkongsi gambar kenangan ketika dikatakan menyanyikan lagu di sebuah majlis istimewa buat rakannya, sisi wajah manis selebriti ini terlihat begitu cantik sehingga ada yang menyamakannya dengan penyanyi antarabangsa, Agnes Monica.

Bagi menggamit memori, Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak pernah berduet bersama Yassin untuk lagu runut filem Nur Kasih pada 2011, meskipun masa beredar begitu pantas, bakat nyanyian itu seolah-olah ‘dipendamkan’ sehinggalah ada yang mulai merindu mendengar lontaran vokalnya yang serak basah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata pujian dan semangat buat selebriti versatil ini dan meminta dia untuk merakamkan album kerana mengetahui hasilnya pasti merdu dan laris seiring dengan kelayakan yang dimilikinya.
Sebelum ini, penampilan Tiz yang tampil tular melantunkan nyanyian lagu legend daripada kumpulan Iklim itu memberi kejutan kepada orang ramai kerana suaranya yang lunak itu tampak sesuai dan bersahaja menyanyi berlatarkan muzik busking.
Video yang tular itu meraih perhatian rakan-rakan artis tanah air yang turut memuji bakatnya yang terpendam dan berharap akan ada kemunculan lagu baharu nyanyian pelakon itu.
Bukan itu sahaja, terbaharu Tiz Zaqyah juga telah dilamar menyanyikan lagu hasil cetusan idea Mimi Fly dan Awi Rafael untuk bekerjasama menghasilkan single No Corona.
Menurut sumber sebuah laman berita, jelas mereka, besar erti single berkenaan yang ditujukan buat semua insan yang berdepan impak penularan wabak Covid-19 berbahaya itu yang mengubah kehidupan manusia dalam pelbagai keadaan.
Kemunculan Tiz bersama rakan selebriti yang lain iaitu Awi Rafael, Mimi Fly, Ning Baizura dikatakan telah mewarnai lagi vokal lagu berkenaan kerana gabungan sepakat menampilkan bakat baharu Mya Herry, Purnama dan Nayli Azmi ini juga merupakan kolaborasi yang begitu menarik sekali.
Wah! gemersik betul suara Tiz ya, kalau diasah betul-betul dan terus berlatih, pasti dia boleh bergelar penyanyi profesional juga, jom kita hiburkan halwa telinga dengan memperdengarkan lagu-lagu dendangannya di laman Instagram!
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Tiz Zaqyah