Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Selepas Seminggu Melahirkan, Penampilan Scha Alyahya Ini Menjadi Tumpuan

today20 February 2021

Background

Mengumumkan kelahiran bayi perempuan pada 12 Februari 2021, para peminat menjadi teruja untuk mengetahui perkembangan lebih lanjut mengenai anak kedua pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari itu.

Baru sahaja mendedahkan wajah bayi comel tersebut, bagaimanapun namanya masuk belum dihebahkan dan sekadar digelar ‘Baby L’.

Terbaharu pada 20 Februari 2021, Scha telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Memberitahu dirinya berada di hospital untuk pemeriksaan Baby L, foto itu menunjukkan Scha manis berkemeja kuning cair dipandankan dengan seluar denim.

Melalui caption:-

“First time out of the house for Little L
( and Mommy ….. ?)”

Melihat penampilan terkini Scha itu, para peminat menghujani ruangan komen perkongsian tersebut.

Cantik betul Scha, badan pun nampak slim je.

Yang penting, beliau masih kuat untuk berjalan walaupun masih dalam tempoh pantang.

 

Baca artikel berkaitan: [EKSKLUSIF]: Kongsi Wajah Baby L, Peminat Sebak Tonton Detik Kelahiran Anak Kedua Awal & Scha

Sumber: Instagaram Scha Alyahya dan Awal Ashaari

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Adakah DidikTV Dapat Membantu Pelajar Untuk Lebih Memahami? Ini Komen Guru Mengenainya

Sementara itu, Cikgu Khairunnisa yang Mengajar subjek Fizik tingkatan 4 dan 5 di SMK Raja Ali, Jalan Ipoh Kuala Lumpur berkata, bahawa PdPR sebelum ini sangat mencabar bagi dirinya kerana beliau hanya mengajar melalui peranti.Tetapi, kini beliau berasa teruja dengan adanya DidikTV KPM kerana ia sangat membantu anak muridnya yang mempunyai masalah internet di rumah. Tambahnya lagi, program senaman dan motivasi yang diselitkan di DidikTV KPM adalah sangat menarik serta... Klik sini […]

today20 February 2021