Nampaknya tidak lama lagi akan ada berita penyatuan dua jiwa apabila Raja Syahiran kini telah memuat naik foto bakal suri hatinya iaitu pengacara Uyaina Arshad bersama dengan ibu masing-masing.

Seperti yang kita tahu, sekitar November tahun lalu, Uyaina telah dirisik oleh keluarga Raja Syahiran yang mana ia menandakan mereka berdua bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada tarikh 8 Mac, Syahiran mengambil peluang untuk memuat naik foto ketiga-tiga wanita yang bakal melengkapkan hidupnya tidak lama lagi.
Syahiran memuat naik foto Uyaina bersama dengan ibu Uyaina dan ibunya sendiri berserta caption yang sangat sweet!

Uyaina nampak sangat gembira apabila dikelilingi oleh kedua-dua wanita yang bergelar ibu itu.
Caption yang ditulis itu menunjukkan bahawa Syahiran benar-benar menghargai kewujudan ketiga-tiga wanita itu di dalam hidupnya.

Dikesempatan ini, Hot FM turut ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua wanita yang telah berusah daripada dulu sehingga kini.
Apa pun, semoga urusan Uyaina dan Raja Syahiran akan dipermudahkan, tak sabar nak tengok mereka berdua duduk atas pelamin!
Baca juga artikel sebelum ini:
Uyaina Arshad Is Taken, Dedah Sudah Dirisik Keluarga Raja Syahiran
Sumber foto: Instagram Raja Syahiran