Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sempena #JubliSiti25, Riena Diana Excited Dapat Cakap Dengan Siti Nurhaliza Sampai Nak Menangis

today1 April 2021

Background

25 tahun dalam industri hiburan bukan lah tempoh yang singkat lebih-lebih lagi apabila sehingga kini banyak lagi bakat baharu mula muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun ia bukan lah satu halangan untuk penyanyi nombor 1 Malaysia iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza terus melakar nama di persada industri hiburan sehingga membuatkan beliau kini bakal muncul lagi dengan single baharu berjudul Anakanda.

Sempena dengan #JubliSiti25, radio Hot FM telah menyiarkan semua lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti itu sepanjang 1 April.

Di kesempatan itu, Geng Pagi Hot (GPH) turut tidak melepaskan peluang untuk menghubungi sendiri Tok Ti untuk memberikan ucapan tahniah kepada beliau.

Lebih menarik lagi apabila Riena Diana berasa sangat excited untuk bercakap dengan Tok Ti sampai beliau turut menahan air mata!

“Riena nak cakap, teruskan menghiburkan kami dengn lagu Tok Ti semua… Eeyyy tak tahu la nak cakap apa, excited sangat ni!”

Ini peminat fanatik TokTi ni, sampai macam tu sekali Riena punya excited and nervous!

“Tak pe nanti habis pantang, Riena inshaa Allah lama ni dekat Hot FM, nanti dapat lah kita jumpa ya.”

Dalam perkembangan lain, Tok Ti kini sudah memasuki trimester pertama dan beliau dijangkakan akan melahirkan cahaya mata kedua pada pertengahan bulan April ini.

Berbeza seperti sewaktu kandungan pertama, Tok Ti lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan berehat bagi menanti untuk melahirkan anaknya Siti Aafiyah.

Tetapi kali in, Tok Ti dilihat banyak membuat kerja bagi menyelesaikan pelancaran produk serta single terbaharunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Kali ni agak mencabar sikit sebab sibuk berbanding dulu. Tapi alhamdulillah orang cakap ni rezeki kan. Kandungan pun sihat, sekarang doktor kata berat dia dah 3 kilogram.”

“Alhamdulillah, thank you Hot FM dan dj yang bertugas. Setiap tahun ada je mainkan lagu saya sepanjang hari, kepada peminat juga yang tak pernah jemu sokong. Ini ialah anugerah terindah, syukur lah. Kak Iti kalau boleh nak kongsi banyak lagi dalam segi semua benda bukan setakat dalam hiburan tapi segi kebajikan, pengisian, perniagaan dan sebagainya.”

Tahniah Tok Ti atas ulangtahun yang ke-25 ini, semoga TokTi dapat terus berkarya untuk peminat dan selamat melahirkan!

Sumber foto: Instagram Tok Ti

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Bakar kereta

Sosial

Gara-Gara Cinta Terlarang, Lelaki Ini Sanggup Bakar Kereta Abang Teman Wanitanya

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Lumrah kehidupan, setiap manusia di muka bumi ditakdirkan untuk hidup berpasangan. Namun, tidak semua perhubungan cinta itu indah dan direstui keluarga. Malah ada juga dalam kalangan ahli keluarga yang sanggup menghalang sesebuah perhubungan cinta itu demi kebaikan kedua-dua belah pihak. Terbaharu, angkara perhubungan cinta yang dilarang, seorang lelaki tergamak untuk membakar kereta abang teman wanitanya.... Klik sini untuk […]

today1 April 2021