Menjadi ibu bapa kepada lebih daripada seorang cahaya mata bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi pada saat si kecil itu terpaksa ditinggalkan di rumah.
Pelakon Scha Alyahya yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua pada 12 Februari lalu nampaknya semakin sering berkongsi update tentang Lyla Amina yang kini menjadi sahabat baik kepada cahaya matanya bersama dengan Awal Ashaari iaitu Lara Alana.
Scha telah memuat naik satu video pendek throwback yang menyaksikan Lara terpaksa ditinggalkan di rumah pada saat akhir sebelum beliau bersalin.
View this post on Instagram
“Okay! With you, I’m crying but without you I’m super sad! I will miss you!”
Jelas menerusi video tersebut memperlihatkan Lara tidak sanggup untuk berpisah bersama dengan Awal dan Scha walaupun hanya dalam tempoh yang singkat.
Lara kelihatan menangis teresak-esak hingga tersedu namun masih mampu tersenyum sedikit ketika mereka sekeluarga bergambar bersama.
Tapi nampaknya sekarang Lara dah semakin gembira, tak ada menangis dah semenjak adiknya lahir!
Don’t worry Lara, walaupun sekarang dah ada adik tapi Lara tetap akan jadi anak kesayangan mummy and daddy!
Semoga Lara dan Lyla membesar menjadi anak yang solehah dan mendengar kata kedua ibu-bapanya!
Sumber foto dan video: Instagram Scha Alyahya