Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

[Video] “Seram…Mati Burung Tu” Bukan Niat Untuk ‘Cederakan’ Haiwan, Anak Angkat Abby Abadi Jadi Perhatian Netizen

today20 April 2021

Background

“Allah Darda…mau terpeleot kepala burung tu nak..??”

Terdahulu, kehadiran si comel, Darda ini dalam keluarga bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi mungkin pernah menjadi bualan ramai setelah menjadi anak angkat ketiga kepada pasangan Abby Abadi dan Muhammad Faizal Zakaria.

Namun, kali ini gelagat si comel ini sekali lagi berjaya mencuri tumpuan umum apabila misi menyelamatkan burung berjaya, namun berakhir dengan insiden ‘lucu’ yang tidak disengajakan.

Memuat naik hantaran video di laman Instagram, Abby Abadi atau dengan nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan telah membuat satu perkongsian detik-detik ‘gerun’ proses menyelamatkan seekor burung yang didapati tersangkut di pohon tinggi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112)

caption:

“Jangan berhenti buat kebaikan ? Terus terusan buat kebaikan kerana kita tidak tahu kebaikan mana yg akan membawa kita ke Syurga ALLAH ?”

Menyedari bahawa nyawa burung tersebut mungkin nyaris melayang, ahli keluarga kepada bekas penyanyi ini mengambil inisiatif untuk memberi bantuan menyelamatkan haiwan berkenaan.

Menerusi paparan video yang dihasilkan, adengan ‘hero’ yang sepatutnya terlihat beralih tumpuan ke perlakuan Darda yang pada asalnya hanya mahu membelai namun dilihat seperti ‘mencederakan’ leher burung tersebut.

Dalam satu hantaran terbaharu, Abby Abadi telah memuat naik video asal tanpa edit serta memberi penjelasan bahawa anak angkatnya itu tidak mungkin menyakiti burung tersebut malah diberi makanan serta diberi belaian manja sebelum burung terbabit dibebaskan semula.

caption:

Assalamualaikum.. Hello.. ni masa semua entertain bird yg tersangkut kt ipokok rumah kami semalam hihi.. ni video tak edit.. Daiyan, Dayana & Darda terserlah kan sifat kasih sayang dorang.. sampai bird tu pun dia sibuk nak belai2, pastu kasi makan fries hihi..?Darda sayanglah.. dia nk belai, tak niat nk pulas kepala bird tu ? nampak macam.. tp takkk lahh hehe.. rinduuu dah kt bird ni.. manalah dia pergiii.. harap dtg semula bawa duit guni2 ye bird yeee ??? “

Sudah menjadi lumrah bagi kanak-kanak yang mungkin terlihat sedikit ‘nakal’ namun tidak bagi si cilik ini kerana sejak kecil lagi Darda serta dua lagi anak angkat Abby Abadi sememangnya dilentur untuk berkasih sayang.

“Alahai Darda, Dayana dan Daiyan anak soleh-soleha mama abah.. suka tengok. Penyanyang sangat kat binatang. Anak2 acik pon sama. Nak peluk cium kalau jumpa binatang gini. Kat rumah kami bird siap buat sarang. Abah bina rumah untuk burung bertelur”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mungkin ada yang terkejut melihat aksi yang tidak disengajakan itu, namun pujian buat si cilik ini di atas keberaniannya untuk cuba membantu ‘menyelamatkan’ haiwan tersebut harus dijadikan inspirasi buat kita semua.

Dasyat lah Darda ni, kecil-kecil dah berani pegang burung tau!

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Abby Abadi

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

Dua Pelajar Malaysia Tajaan MyPAC Ini Cemerlang Dalam ACCA & Berjaya Harumkan Nama Negara!

Nurul Fatin Nabihah, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) tajaan Yayasan Sime Darby berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan ketujuh di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR).Anak sulung daripada empat beradik itu kehilangan bapa pada usia 11 tahun dan kemudiannya dibesarkan oleh bapa tirinya yang bekerja sebagai petani, sementara ibunya merupakan seorang suri rumah tangga.Mengikuti pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),... Klik sini untuk baca artikel […]

today20 April 2021