Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sering Muat Naik Caption Sedih, Peminat Bimbang Tengok Janna Nick

today28 June 2021

Background

Di saat ini, apa sahaja boleh berlaku lebih-lebih lagi ramai yang mengalami keresahan apabila semakin hari, kes baharu COVID-19 masih di tahap yang sama.

Seperti yang umum sudah tahu, pelakon Janna Nick disahkan mengalami penyakit Bipolar Disorder yang mana beliau mengakui pernah cuba untuk membunuh diri beberapa kali.

Baca juga artikel berkaitan:

Pernah Cuba Bunuh Diri Beberapa Kali, Janna Nick Disahkan Alami Bipolar Disorder

Disebabkan itu, sepanjang pandemik ini ramai peminat berasa bimbang dengan tahap kesihatan pelakon berusia 26 tahun itu.

Terkini, Janna ada memuat naik satu foto berserta caption yang penuh makna sehingga membuatkan ada yang berasa bimbang selepas membaca caption berkenaan.

Bagaimanapun, Janna mengakui bahawa beliau baik-baik sahaja dan turut berharap agar semua turut berada dalam keadaan yang sama.

Disebabkan pandemik ini, banyak jiwa yang berasa terganggu lebih-lebih lagi selepas memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini.

Semoga kita semua baik-baik sahaja dan diharapkan pandemik ini akan berakhir dengan segera!

Sumber foto: Instagram Janna Nick

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post