Seronoknya jika dapat keluar berjalan-jalan seperti sediakala ketika sebelum pandemik COVID-19 muncul.
Namun rakyat Malaysia masih belum dapat bergerak bebas kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara.
Ia termasuklah PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan.
Namun situasi berbeza dihadapi pengacara dan penyanyi Dayah Bakar yang kini bersama keluarganya di Australia.
Perkara itu dapat dilihat melalui perkongsiannya di Instagram pada 4 Mac 2021.

Melalui caption:-
“Enlighten Festival ??
Will share with you guys more on my Youtube Channel ok ? ?
Siapa dah subscribe, sila high 5 ??
Siapa on the way , sila buat good ??#DBinAussie”
Dayah menulis ringkas tentang satu festival yang dihadirinya bersama suami dan anak lelaki beliau.
Hantaran itu menunjukkan beberapa foto yang menarik ketika berjalan-jalan di festival tersebut.





Bestnya!
Dah tak perlu pakai pelitup muka dan dapat berjumpa dengan kawan-kawan.
Kami di Malaysia pun teringin merasakan pengalaman yang sama.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut beliau meninggalkan komen positif untuk perkongsian tersebut.

Semoga tidak lama lagi, kita rakyat Malaysia akan bebas daripada COVID-19!
Baca artikel berkaitan: Kerap Ditanya Kenapa Tak Pakai Mask, Ini Penjelasan Dayah Bakar
Sumber: Instagram Dayah Bakar