Connect with us

Yang Hangat

Setelah Berbelas Jam Penantian Kelahiran Bayi Sulung, Tahniah! Akhirnya Ain Edruce Selamat Bersalin

Muat naik gambar di Insta Story, akhirnya Ain Edruce selamat bergelar ibu kepada anak sulungnya

Published

on

“I aspire to be like Ain Edruce, before and after pun still relax, sis tak mampu…period pun dah macam apa ni nak bersalin…”

Setelah berjam-jam penantian dalam labour room sehingga sempat bermain TikTok sewaktu menahan sakit, akhirnya pelakon jelita Ain Edruce memaklumkan dirinya telah selamat bersalin pada 19 Mei.

Memuat naik video di laman Insta Story miliknya, Ain Edruce berkongsi perkhabaran gembira tersebut dengan wajah yang santai dan ceria sambil ditemani suaminya, Amirul Hafiz.

Terbayang cakap-cakap orang mengenai sukarnya melahirkan, biarpun sudah melakukan pelbagai persiapan dari segi mental dan fizikal, ramai wanita merasakan masih berdepan perasaan bimbang dan cemas.

Meninjau di ruangan TikTok, Ain Edruce yang sempat merakam detik-detik indah dan sabar sewaktu menunggu kelahiran anaknya menyatakan bahawa bayinya masih belum keluar dan mengalami sedikit ‘penat’ kerana menunggu terlalu lama.

@ainedruce91Come on ain !♬ why is everyone using this sound – kailie

Namun mengetahui bahawa Ain Edruce merupakan seorang yang sangat aktif dan ceria, penantian saat-saat kelahiran anak sulungnya mungkin mengambil masa yang agak lama, pelakon ini masih mampu tersenyum dan boleh bergurau meskipun sebelum dan selepas bersalin.

Hantaran yang dimuat naik itu rata-rata menjadi tanda tanya di antara peminatnya kerana belum menerima sebarang maklum balas mengenai bayi selebriti ini.

Walau bagaimanapun, Ain Edruce masih belum mendedahkan jantina anaknya sebaliknya, dia mengajak para peminat untuk meneka terlebih dahulu.

“Ok..Korang rase babygirl or babyboy…”

Menerusi laman Twitter, rata-rata peminat Ain Edruce mula berteka-teki mengenai jantina bayi selebriti kesukaan mereka ini disertai dengan ucapan tahniah buat dirinya yang telah selamat bergelar ibu.

Tahniah Ain Edruce dan suami! Korang rasa babygirl or babyboy?

Berita selanjutnya menyusul.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Ain Edruce

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.