Baru-baru ini video Arif Jiwa Asyraf yang mengantuk ketika mengaji telah viral di laman sosial.
Oleh itu pada 22 Disember 2020, satu video telah dimuat naik di Instagram Arif sebagai respon kepada video yang telah tular tersebut.
Menurut caption:-
“Ini pesan Arif utk UncleOnty setelah video Arif jadi viral…”
Video yang dirakam oleh ibunya iaitu Tya Arifin memperlihatkan Arif yang mengatakan dia tidak tahu maksud perkataan ‘viral’.
Setelah dijelaskan oleh Tya, Arif pun memberi nasihat kepada semua dengan berkata:-
“Kalau mengaji jangan mengantuk-ngantuk ye, … macam Arif”
Comel je Arif ni!
Di ruangan komen, ramai yang turut memberi reaksi dengan perkongsian video berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Gelagat Arif Jiwa Asyraf Tertidur Ketika Berguru Mengundang Tawa Netizen
Sumber: Instagram Arif Jiwa Asyraf