Sekitar tahun 2002 sehingga tahun 2009, banyak karya yang telah dihasilkan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad sehingga membuatkan namanya sering disebut ramai.

Daripada menghasilkan filem sehingga iklan untuk syarikat besar, setiap karya yang dilakukan olehnya membawa banyak maksud yang mendalam.
Kali ini, salah seorang pelakon yang sangat rapat dengan Allahyarhamah iaitu Sharifah Amani telah membuat remake pada poster filem Sepet yang turut merupakan salah satu karyanya.

Sharifah Amani telah memuat naik fotonya bersama dengan Choo Seong Ng yang juga merupakan pelakon utama dalam filem tersebut.
Walaupun sudah 16 tahun berlalu tetapi mereka masing-masing masih kelihatan sama seperti dalam poster asal.
Dalam masa yang sama, ramai turut merindukan karya Allahyarhamah yang disifatkan sebagai karya yang dekat dengan penonton.

Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang merupakan pengarah dan penulis skrip itu telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2009 yang lalu selepas diserang angin ahmar.
Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sumber foto: Instagram Yasmin Ahmad