Connect with us

Yang Hangat

Sibuk Nak Mengaji Sekali, Ramai Terhibur Tengok Kucing ‘Oyen’ Milik Nabila Huda

Ramai terhibur melihat kucing Abil dan ada juga yang menegur supaya si bulus itu dapat dialihkan daripada terus memijak Al-Quran

Published

on

Pada ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0), ramai mengambil kesempatan yang untuk mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah serta membuat perubahan dalam diri.

Jika dilihat, ramai selebriti sudah mula kongsikan aktiviti mereka contohnya seperti belajar bahasa Arab serta lebih menarik lagi mengikuti kelas mengaji online.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

Begitu juga seperti pelakon Nabila Huda yang kini dilihat sering mengikuti kelas mengaji online bersama guru pilihannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Nabila atau yang lebih mesra disapa dengan nama Abil itu pernah kongsikan videonya sedang mengaji dan kali ini lebih menarik apabila ia turut disertai oleh kucingnya yang diberi nama Tora.

Kucing berwarna oren itu telah berada di sebelah Abil sepanjang kelas dan turut bermain dengan pensel yang dipegang olehnya sehingga terpijak Al-Quran tersebut.

Pada ruangan komen posting tersebut, ada yang menyuruh Abil memasukkan Tora ke kelas mengaji khas untuk kucing supaya selepas ini ia tidak lagi menganggu dan mereka turut terhibur melihat gelagat mereka berdua.

Namun dalam masa yang sama, ada juga yang menegur Abil supaya mengalihkan Tora daripada terus memijak Al-Quran kerana ia merupakan kitab suci untuk umat Islam.

Abil turut menerima teguran yang diberikan dan berjanji untuk lebih berhati-hati selepas ini.

Nabila Huda Nekad Khatam Dalam Tempoh PKP, Walaupun Pernah Khatam 3 kali Sebelum Ini - Hijabista

Tapi tak terkejut ya tengok kucing Abil macam tu, maklumlah kalau ‘Oyen’ ni memang suka buat perangai aneh macam tu kan.

Sumber foto dan video: Instagram Nabila Huda

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.