Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Slimnya Mummy!” Ramai Puji Badan Amyra Rosli Cantik Walau Dah Ada Dua Cahaya Mata

today7 April 2021

Background

Mungkin bagi sesetengah orang untuk menjaga badan bukan lah satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi apabila sudah memiliki cahaya mata.

Tetapi perkataan itu sama sekali tidak wujud dalam diri pelakon Amyra Rosli apabila beliau kini dilihat bertubuh ramping walaupun sudah memiliki dua cahaya mata.

Amyra telah melahirkan cahaya matanya yang kedua pada 1 Februari lalu.

Posting terbaharu pelakon drama Nur itu turut membuatkan ramai peminatnya meninggalkan komen pujian dan mengatakan bahawa Amyra pandai jaga badan.

Jika diikutkan sebelum ini, Amyra pun tidak lah mempunyai badan yang besar tetapi beliau pada asalnya memang bertubuh kecil.

Mungkin disebabkan itu mudah untuk Amyra mendapatkan semula bentuk badan ideal buat dirinya.

Kepada para wanita yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan, jangan putus asa okay!

Teruskan usaha anda semua dan jangan patah semangat.

Sumber foto: Instagram Amyra Rosli

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Bayi Hidap Penyakit Kulit

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 1.2M views, 74K likes, 8K comments dan 1K shares di TikTok. Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut mengasihani bayi tersebut dan mendoakan semoga dia cepat sembuh. Ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama.Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

today7 April 2021