Setiap ibu bapa pasti akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius!
Begitu juga dengan pelakon serba boleh iaitu Nabila Huda, di mana baru-baru ini beliau berkongsikan mengenai perkembangan anak tunggalnya iaitu Keisha Laila yang kini sedang mempelajari bahasa mandarin.
Bagi yang mengikuti Nabila ataupun panggilan mesranya, Abil pasti mengetahui bahawa anaknya Keisha, tidak dihantar ke sekolah harian seperti orang lain, sebaliknya hanya belajar di rumah sahaja.
Teruja dengan perkembangan Keisha yang kini sudah ‘power’ bertutur bahasa mandarin, Abil berkongsikan khabar gembira itu di laman Instagram miliknya :
“Korang ingat lagi tak abil penah cakap abil berhentikan keisha dari school and decided untuk dia homeschool je? Abil cuma suruh dia belajar basic subjects only maths, sains and english je with @thelennyrahman .. Pastu i came up dgn idea nak battle dengan keisha belajar foreign language. Pastu masa i post on my Instagram, @fasihmandarin approach both of us masa MCO 2.0 tu.. Tapi mummy tak dapat teruskan sebab shooting. So keisha continue and guys, keisha dah terror! She can write and speak in mandarin. Just imagine kalau ikut kan dia belajar baru 14 hours and dia dah power gila! Before MCO 3.0 , @na.laoshi datang rumah, tapi bila dah lockdown dorang sambung online je. Dalam pada tak pergi sekolah , ketinggalan banyak benda, tak dapat nak belajar dengan sempurna, keisha dah boleh cakap mandarin! I am so proud of you @lilkupukupu ! Swipe left tengok result exam dia. Thank you @na.laoshi @fasihmandarin ..Mummy nak cry cry jap laaa..?? To mummy and daddy out there, try la bagi anak-anak korang belajar mandarin dengan dorang ni. Kalau tak dapat sekolah dengan sempurna, at least, boleh cakap mandarin, jauh perjalanan hidup dorang nanti..boarder bukak kite nak pergi shopping kt china pun senang bawak dorang je settle!!Hahahaha!”
Menurut Abil yang juga anak kepada penyanyi rock terkenal iaitu Amy Search, pada mulanya mereka berdua mahu mengambil kelas mandarin itu bersama-sama, namun disebabkan Abil sedikit sibuk dengan penggambaran, Keisha meneruskan pembelajaran tersebut tanpa beliau.
Baca artikel berkaitan : “Berlakon Bukan Untuk Terkenal,” Nabila Huda Kongsi Tip Lakonan Secara Percuma Buat ‘Pelakon Kayu’

Siapa sangka, kini Keisha sudah mampu bertutur dalam bahasa mandarin, malah siap boleh menulis juga!
Wow bukan mudah sebenarnya ya untuk menguasai bahasa selain bahasa ibunda kita kan.
Lihat respon-respon pengikut dan rakan artis terhadap perkongsian Abil :
Rata-rata pengikut dan rakan artis memuji usaha Abil kerana menghantar Keisha untuk belajar bahasa mandarin dan tak kurang juga yang kagum dengan Keisha kerana sangat bijak dan mudah belajar bahasa asing.
Wahh lepas ni senang lah Keisha nak minta discount kalau shopping ataupun pergi melancong kan!
Sumber : Instagram Nabila Huda