Sebagai pasangan suami isteri pastinya ada perkara yang dilakukan bersama-sama bagi menjaga keharmonian rumah tangga yang dibina.
Bagi penyanyi Tasha Manshahar, dia berasa sangat gembira apabila suaminya, Raqib Majid membantu memudahkan kerja-kerja rumah walaupun ia hanya perkara kecil sahaja bagi sesetengah individu
Tasha yang juga merupakan bekas penyanyi itu meluahkan rasa syukurnya menerusi satu posting ringkas di laman Instagram miliknya.
“Cari-cari Raqib sekali rupanya dia dekat dapur basuh pinggan mangkuk.”
“Ayang thank you ayang basuh pinggan, patutnya saya yang buat.”
“Ala tak ada la, tadi awak kan dah masak ni saya basuh pinggan kita bahagi-bahagi la tu je sebenarnya. Takkan isteri nak buat semua, bila buat sama-sama tu orang kata lebih manis!”

Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan seorang cahaya mata ini dikatakan sering berganding bahu membantu satu sama lain bagi memudahkan urusan rumah tangga setiap hari.
Raqib sempat memberi pendapat bahawa tanggungjawab isteri ialah melayani suami sahaja, namun kerja ringkas seperti basuh pinggan semua hanyalah ihsan isteri terhadap keluarga.
Ramai turut bersetuju dengan kata-kata Tasha dan Raqib serta ada juga yang berharap supaya rumah tangga mereka berkekalan hingga ke akhirnya.
Sumber gambar: Instagram Tasha Manshahar